Isnin, 26 Mac 2012

BM vs Dialek Sarawak

KONSEP MASA

Dalam dialek Melayu Sarawak, peredaran waktu adalah mengikut matahari. Waktu terbahagi kepada dua iaitu siang dan malam. Siang merujuk kepada jangka masa mulai terbit matahari sehingga waktu terbenamnya matahari. Malam pula merujuk kepada jangka waktu dari terbenam matahari hingga terbitnya matahari.

Siang
Dialek Melayu Sarawak
Bahasa Melayu

[dini aȓi]
[subuh]
subuh
[pagi]
[pagi]
pagi
[təŋah aȓi]
[təŋah hari]
tengah hari
[pətaŋ]
[pətaŋ]
petang

Gambarajah 1.1

Malam
Dialek Melayu Sarawak
Bahasa Melayu

[bahaȓi]
[senʲǰa]
senja
[maƖam]
[maƖam]
malam
[təŋah maƖam]
[təŋah malam]
tengah hari

Gambarajah 1.2

Konsep ‘minggu’ pula sebagai penanda permulaan minggu yang terdiri daripada tujuh hari.
Dialek Sarawak
Bahasa Melayu

[doƖoɁ]
[keƖmarin]; [duƖu]
Kelmarin; dulu
[maȓéɁ]
[səmaƖam]
semalam
[aȓi toɁ], [kineɁ]
[hari ini]
Hari ini
[isoɁ]; [ésoɁ]
[esoɁ]
esok
[ƖusaɁ]
[Ɩusa]
lusa
[tuƖat]

 Tiga hari akan datang
[toŋŋ]

 Empat hari akan datang
[miŋgu]
[ahad]
ahad
[taʷun]
[tahun]
tahun
[saɤi]
[sehari]
sehari
[teɁ]
[baru]
baru

Gambarajah 1.3

Isnin, 19 Mac 2012

Mereka Pun Dah Pandai

Semalam, aku dan seorang rakan pergi keluar makan. Sedang dalam perjalanan ke Restoran Zee Tomyam, tiba-tiba kami ternampak sekumpulan kanak-kanak tengah bermain. Apabila kami berjalan melalui mereka, kami terdengar mereka bercakap. Pada mulanya tiada apa-apa. Tapi selepas itu terdengar seorang budak berkata kepada rakannya;


"Hoi bongok! Kau dah tengok nombor pelat (plat) kereta tu, mestilah kau tahu betul tak tu kereta cikgu kau. Bodoh betul la kau ni."
"Sial betul la tolak kepala aku cam tu."


Terkejut aku mendengarnya. Yalah. Budak-budak sekolah rendah sudah pandai menggunakan kata-kata kesat dalam percakapan seperti bodoh, bongok, bangang, sial, dan sebagainya.


Sepatutnya, ibu bapa harus lebih peka terhadap setiap tingkah laku dan percakapan anak-anak mereka supaya tidak bersikap kasar. Selain itu, masyarakat sendiri harus menegur supaya perkara tersebut tidak berlarutan dan mereka tidak terbawa-bawa sifat tersebut sehingga dewasa kelak.

Jumaat, 16 Mac 2012

Maafkan Saya.. Saya Tahu Salah Saya


Entri kali ini mengenai diri aku sendiri.. Al maklumlah kan.. Sebelum ni asyik cakap pasal orang lain saja.
Hari ini aku buat kesilapan yang agak besar. Ceritanya begini :

"Tadinya, aku punyalah semangat nak pergi Khar Town sebab lapar punya pasal. Sedang aku seronok tengok barang, aku dapat mesej dari kawan aku menyatakan dia dah tunggu aku untuk ambil barang. Jadi, aku bergegaslah cari dia kat tingkat bawah blok 2. Tapi tak jumpa. Jadi aku tunggu kat satu tempat yang tak ramai orang. Akhirnya, aku nampak juga dia di celah-celah orang ramai. Aku berasa amat bengang ketika itu. Dahlah mesej aku pun tak dibalasnya.

Aku pun segera berjalan menghampiri rakan aku itu. Dalam perjalanan itu, aku terlanggar seseorang. Oleh sebab aku terlalu mengikut hati, aku dengan tidak ada rasa bersalah, aku terus berlalu pergi.. tanpa MEMINTA MAAF!!

Rakan-rakan aku mula menegur sikap aku yang agak kurang sopan itu. Tetapi akhirnya aku menempelak mereka semula. (Apalah aku ni kan??)"
Apabila aku sudah mula bertenang, baru aku terfikir betapa biadapnya aku dengan seseorang itu. Bak kata orang, 
Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tidak Berguna.

Jadi, saya terlalu menyesal kerana terlalu mengikut kata hati sehingga orang lain turut merasa akibatnya. Saya minta maaf kepada semua yang berkenaan.

Rabu, 14 Mac 2012

Belajar Mandarin

Hari ini aku menghadiri kelas bahasa Mandarin untuk kursus pengayaan diri. Seperti minggu sebelumnya, kami belajar huruf-huruf dan sebutan yang asas terlebih dahulu. Berbalik kepada pelajaran hari ini, kami belajar mengenal rakan.


Perkataan 'Ni' merupakan awak dalam bahasa Melayu. Penggunaan 'Ni' pula kepada rakan-rakan sebaya atau yang lebih muda. Kita tidak boleh menggunakan 'Ni' untuk orang yang lebih tua. Perkataan 'Nin' digunakan apabila kita ingin bercakap dengan orang yang lebih tua.

Selasa, 13 Mac 2012

Itu Ini Separuh...

Apabila mendapat peluang untuk berhubung dengan rakan-rakan yang berada jauh dari kita dan sudah agak lama tidak bertemu merupakan saat yang paling menggembirakan. Tak kiralah perkara yang kita lakukan cuma berbalas mesej, berbalas komen di laman sosial atau bertelefon. Hari itu, aku menghubungi salah seorang rakan sekolahku dulu.

Kami berbual tentang banyak perkara. Tiba-tiba dia bercakap agak perlahan dan berbunyi begini ;

"Ak tak pu at ngan bud bil ak" 
(Aku tak puas hati dengan budak bilik aku)
"Nape?"
"dir org gun barg ak suk ati je. tak tan g pun. men amb jer."
(dia orang guna barang aku suka hati je. Tak tanya lagi pun. Main ambil je)

Itu merupakan bahasa rahsia antara kami dan beberapa rakan yang lain. Namun begitu, sudah agak lama kami tidak menggunakan bahasa seperti itu. Bahasa ini hanya kami gunakan apabila perkara yang hendak dibualkan merupakan perkara yang hanya kami sahaja tahu.


Bahasa ini juga boleh disebut sebagai bahasa Slanga kerana bahasa tersebut dicirikan oleh kosa kata yang baru digubal dan sifatnya cepat berubah.


Hal ini kerana kami telah lama meninggalkan bahasa tersebut sejak mula memasuki alam universiti.

Isnin, 12 Mac 2012

semakin bulat..

Persoalan seorang rakan sekuliah pada hari ini membuatkan aku terfikir untuk mencoretkan pertanyaan itu di sini..

" Wah Azmul. Kenapa muka kau macam semakin bulat aku tengok?"
Macam ni dah ke aku sekarang?? ='(

Adoi.. macam mana ni?? Kena diet lagi la nampaknya.. haha.. Mungkin sudah tiba masanya untuk aku mula bersenam.. 

Alamak melalut pulak aku ni. Sebenarnya, bukan pasal penampilan aku yang nak diceritakan tapi mengenai cara teguran yang dibuat oleh rakan aku itu..

Sebelum dia, ramai lagi yang tegur tentang diri aku ni.. 

Contohnya:
  • Azmul, kau memang banyak habis duit kat jajan ek?
  • Kau perasan tak kau nampak makin berisi sangat sekarang?
  • Pipi bengkak (gelaran dalam kalangan rakan-rakan terdekat - paling tak boleh tahan tu)
  • Azmul nampak semakin comel sekarang. Macam nak cubit-cubit je pipi tu..
Isk3.. Macam-macam ada..
Tapi, mereka tidak pernah mengeluarkan perkataan gemuk atau sewaktu dengannya kepadaku. Kalau ya, mungkin aku menangis di situ jugak kot.

Akhirnya aku memahami mengapa mereka menggunakan kata-kata seperti berisi atau comel. Mereka enggan menyinggung perasaan aku dengan mengatakan aku semakin gemuk atau kuat makan.


Catatan Inspirasi >>


Sesungguhnya, kita telah diajar untuk menggunakan kata-kata yang sopan dan terbaik supaya tidak menyinggung pihak lain. Dalam bahasa Melayu, kata-kata seperti ini dipanggil bahasa halus.


Bahasa halus ini wujud atas pertimbangan terhadap orang yang dilawan bertutur. 
(Variasi bahasa : http://www.tutor.com.my/stpm/variasi_bahasa.htm )


Bahasa halus merupakan bahasa atau perkataan lain yang lebih lembut yang digunakan untuk menggantikan perkataan yang dirasakan kasar atau menyentuh perasaan orang lain. Kata-kata yang digunakan dalam pertuturan atau tulisan.
(Pusat Rujukan Persuratan Melayu : http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bahasa+halus )



Contohnya seperti situasi di atas. Kata kiasan dan simpulan bahasa digunakan secara meluas untuk menyatakan sesuatu secara halus atau tidak berterus terang.

Contoh-contoh lain untuk perkongsian bersama :
mati -> meninggal dunia
mengandung -> berbadan dua
kencing / berak -> buang air kecil / buang air besar

Jumaat, 9 Mac 2012

Bahasa Pasar

"Auntie, sini itu pisau ada jual ka?"
"Ada kat atas."

Ayat ini merupakan bahasa pasar iaitu bahasa campuran yang digunakan untuk memudahkan komunikasi. Bahasa ini hanya digunakan dalam situasi tertentu seperti urus niaga kecil-kecilan.


Contoh-contoh lain:
"Kita orang ada satu kereta, baik punya."
"Kalau suka esok boleh mari tengok."
"Kamu mau angkat sama itu meja ka?"

Dalam situasi di atas, pembeli merupakan orang Melayu manakala peniaga tersebut merupakan orang Cina. Daripada situasi tersebut, kita boleh lihat bahawa pembeli tersebut cuba untuk menyatakan ayat dalam cara percakapan peniaga tersebut.

Khamis, 8 Mac 2012

Ke mana hilangnya A??

Kalau susah nak faham, silalah rujuk transkripsi di 
sebelah gambar.



 



Transkripsi:

i love u too! , muah ! , sayang...., b ketat gak

sibuk!na ketat2 jugak

biarlaa! majuk kang !


alo3.. busuk2, jangan majuk ye. muah

yelah2, adoy cair baby ngan pujukan b, muah

 he3.. iyelah gemukku sayang

ee b nih kan.. baby kurus la nanti

ceh azam ramadhan tahun ni nak kururs. menyampah. tak muat la tu baju raya

muat ok, mulut b.. laser ek. kiss sat lagi baru tau
hehe.. tengok la nanti baby kurus, biar susah b nak jaga nanti, baju kebaya baby pakai nanti kurus tau..



Gambar di atas merupakan sebahagian daripada komen adik-adik kita dalam laman sosial. Mula-mula aku baca tu memang sepatah pun aku tak faham. Nak tergelak pun ada. Aku baca berulang kali akhirnya baru faham.

Mula tu pelik juga la. Iyalah. Kalau Sistem Pesanan Ringkas (SMS), kita akan gunakan singkatan. Nak jimat ruang katakan. Tapi lain pula jadinya dengan remaja zaman sekarang (adik-adik la).

Kalau dulu orang gunakan huruf 'W' untuk gantikan 
'R' : org = owg
'U' : tau = taw

Tapi sekarang mereka boleh gantikan huruf :
huruf A dengan huruf Q atau U. 
Huruf S digantikan dengan C. 
Huruf K dan G boleh digantikan dengan huruf X

Atas Dasar Apa Jadi Sebegini?

Alasan 1 :
Papan kekunci rosak pada huruf A
Alasan 2 :
Tidak mahu kelihatan skema
Alasan 3 :
Berbeza daripada orang lain.
Alasan 4 :
Stail terkini

Apa pun alasannya, perkara sebegini boleh mencemarkan bahasa kita yang sudah tersedia indah.

Rabu, 7 Mac 2012

Mesra yang Kasar

Tadi, sebelum aku balik, aku singgah lah sekejap kat rumah budak-budak junior. Budak-budak rumah itu memang jenis orang yang cepat mesra. Aku pun tidaklah terasa janggal untuk duduk dalam kalangan mereka. Tapi, ada sesuatu yang mengejutkan aku pada mulanya.

A : Sapa yang ambil charger aku ni?
B : Si sial C lah.
A : Hoi sial, ko curi charger aku?
C : Aku tak curi charger ko la sial.

Itu sebahagian antara butir-butir perbualan mereka. Pada mulanya memang aku terkejut. Ingatkan mereka bergaduh sebab charger, rupa-rupanya perkataan 'sial' itu merupakan panggilan mesra antara mereka. Itu pun aku tahu selepas dijelaskan oleh si C. 

Dalam perbualan sesama sendiri, mereka banyak menggunakan kata-kata yang mungkin agak kasar atau kesat pada pendengaran kita. Tetapi bagi mereka, perkataan tersebut biasa dan tidak mendatangkan kemarahan dalam diri masing-masing.

Bahasa yang digunakan boleh dikategorikan sebagai bahasa slanga kerana hanya digunakan dalam kalangan mereka sahaja.


Selasa, 6 Mac 2012

Sana Sedikit, Sini Sedikit..

Hmm.. Cerita ni terjadi dalam kelas. Masa tu aku sampai kelas agak awal lah daripada biasa. Tak sampai pun 10 minit aku duduk, seorang kawan aku ni datang ke kelas.

Si A : Hai.. Awal U sampai ari nie?
Aku : Baru sampai gak ni. Nape lewat?
Si A : U tau la I kan? Lagipun, kat luar tu hujan U. Dah lama ke start nie?
Aku : Baru jugak..

Hmm.. Macam tu lah serba sedikit drama pendek yang aku nak sampaikan. Situasi ni samalah macam kita beli nasi campur. Kita cedok nasi. Lepas tu kita tambah kuah sedikit, letak pula lauk ayam goreng dengan sambal belacan. Betul tak kawan-kawan??
Benda ni memang kerap kita dengar dalam perbualan seharian masyarakat kita. Percampuran kod seperti ini bukan sahaja melibatkan perkataan I dan U sahaja tetapi juga banyak lagi perkataan bahasa lain yang dicampuradukkan dalam bahasa Melayu.


Tambahan Perasa >>

Percampuran kod adalah satu keadaan penutur berbicara menggunakan dua atau lebih bahasa sama ada Bahasa Melayu, Inggeris, Tamil dan Cina ataupun dialek mahupun ideolek. Percampuran ini berlaku apabila si penutur mengetahui lebih daripada satu bahasa tersebut.
Percampuran kod juga disebut sebagai bahasa rojak.


P/S - Sebut pasal rojak, tiba-tiba teringin nak makan. Tak pa la.. Tengok gambar pun jadilah.
wah!! nampak sedapla..

Isnin, 5 Mac 2012

Notis

Gambar 1 : Papan Notis

Kita selalu melihat notis seperti ini ditampal atau dipamerkan di pagar rumah-rumah terutamanya kawasan perumahan serta di premis-premis perniagaan. Bukan ke begitu??

Fungsi : Memberi peringatan kepada jurujual supaya tidak menghampiri kawasan yang meletakkan tanda ini.

 Tapi bukan notis atau papan tanda ini yang ingin saya ceritakan di sini. Saya cuma ingin berkongsi satu cerita yang secara tiba-tiba muncul dalam kotak fikiran saya.

Dua atau tiga hari lepas, saya berjalan di sebuah blok kediaman. Tiba-tiba saya terlihat satu notis yang amat menggelikan hati saya.

Jujur saya katakan, mungkin saya tersilap membuat penaksiran pada ketika itu tapi bagi saya amat tidak sesuai untuk seseorang atau sesebuah organisasi membuat notis yang berbunyi begini ;

"KUCING DILARANG MASUK"

Mengikut kefahaman saya, notis tersebut seolah-olah ingin memberitahu kucing bahawa kucing tersebut dilarang untuk memasuki premis tersebut.

Sebaiknya sesuatu maklumat yang hendak disampaikan itu tepat seperti :
  • Dilarang membawa kucing masuk ke dalam bilik ini
  • Tidak dibenarkan membawa kucing
  • Jangan biarkan kucing memasuki premis ini
Jadi, saya berharap ada kalangan rakan-rakan yang boleh memberi pandangan mengenai perkara tersebut.