Jumaat, 20 April 2012

Antara mereka

Seorang rakan bercerita berkenaan suatu peristiwa yang berlaku kepada dirinya. Kisahnya berlaku sebelum cuti pertengahan semester yang lepas.

A : Kau tak balik ke B?
B : Taklah (Dengan nada yang kasar). Aku memang suka duduk sini jer. aku tau korang tak suka aku dok sini kan?
A : (Terpinga-pinga)

P/S - Dialog tersebut telah diubah mengikut fahaman saya sendiri.

Si A berkecil hati dengan sikap yang ditunjukkan oleh si B. Dia hanya ingin mengetahui sama ada ramai tak rakan-rakannya yang tidak balik ke kampung ketika cuti. Niat baiknya telah disalahertikan oleh si B tersebut.

Tapi, tidak mustahil juga kalau si A pun bersikap kasar juga kan? 

Apa-apa pun, saya berharap agar mereka berbaik semula.

Buat si B dan juga peringatan untuk yang lain juga, kita janganlah suka meninggikan suara terhadap orang lain. Mungkin sesetengah boleh menerima keadaan seperti itu, tapi bukankah lagi molek jika kita bersopan santun? Tambahan lagi, tidak manis didengar orang jika seorang anak gadis suka bercakap dengan nada suara yang kasar dan meninggi suara.

Kita juga perlu menanamkan kata MAAF dalam diri kita. Kerana tanpa kita sedar, kita mungkin pernah atau sedang menyakitkan hati orang ketika kita bercakap dengan mereka. Kata MAAF merupakan penawar bagi menyembuhkan hati yang luka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan