Perancangan bahasa merujuk kepada usaha mempengaruhi tingkah laku orang-orang lain dari segi pemerolehan, struktur, atau peruntukan fungsi bahasa. Biasanya, ia akan membabitkan perkembangan matlamat, objektif, dan strategi untuk mengubah penggunaan sesuatu bahasa.
Jenis Perancangan Bahasa
Ada beberapa aktiviti yang telah dijalankan di dalam perancangan dan pelaksanaan perancangan bahasa. untuk melihat aktiviti-aktiviti yang dilakukan, kita akan melihat beberapa contohnya. Karam juga telah menggolongkan beberapa jenis aktiviti perancangan bahasa tersebut seperti berikut:
1. Pembinaan satu dialek atau bahasa untuk menjadi bahasa kebangsaan seperti yang berlaku di Indonesia (Melayu), Filipina (Tagalog), dan Malaysia (Melayu) dan Norway (Landsmal).
2. Pembinaan semula bahasa kuno yang sudah luput dan menjadikannya bahasa kebangsaan seperti di Ireland (Gaelik) dan Israel (Hebrew).
3. Pembendungan, atau penyatuan rasa dan ketaatan yang bercanggah terhadap bahasa seperti di Norway dan India.
4. Perubahan yang dilakukan secara besar-besaran, dan biasanya ini melibatkan misalnya penukaran atau pembetulan abjad dan pengembangan dan pembaikan kosa kata (peristilahan) seperti kes Turki.
5. Aktiviti yang dikawal atau terancang yang hanya melibatkan pembentukan istilah seperti di Mesir, Jenpun dan Korea.
6. Aktiviti dan cadangan yang melibatkan pembaikan abjad seperti kes di China, Jepun dan India.
Sumber :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perancangan_bahasa
http://sosiolinguistik.blogspot.com/2007/08/teori-perancangan-bahasa.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan