Isnin, 23 April 2012

Mengejutkan..

Hari Sabtu yang lepas kita dikejutkan dengan suatu kejadian yang tidak diingini. Semua orang pasti mendengar kisah tentang pelajar Tahun Dua yang terjatuh dari tingkat 5 bangunan E-Learning.
Innalillahiwainnaillahhirajiun...
Takziah saya ucapkan kepada keluarga mangsa.

Bukan itu sahaja yang menyedihkan saya. Berita yang dikeluarkan oleh sebuah akhbar tabloid (tidak perlu saya nyatakan namanya) mengundang banyak spekulasi. Kalau cerita yang disampaikan itu benar tidak mengapa.

Tapi, apa yang menyedihkan, ramai orang yang mempercayai cerita daripada akhbar tersebut sehingga ramai yang mengutuk allahyarhumah dengan menyatakan :

a) " Ibu bapa hantar belajar tinggi-tinggi bukan untuk terjun bangunan."
b) "Mesti sebab putus cinta buat begitu."
c) "B*d* betul budak tu kan?"

Itu merupakan sebahagian daripada contoh kata-kata yang saya dengar dan saya baca melalui laman-laman sosial dan blog. 

Sesungguhnya, kita tidak sepatutnya membuat penilaian sendiri berkenaan perkara yang tidak dipastikan lagi kebenaran. Hari ini, sebuah akhbar telah mengeluarkan kisah sebenar yang berlaku berdasarkan hasil siasatan polis. Semoga kita mengambil ikhtibar daripada kejadian tersebut.

Janganlah kita asyik menuduh sehingga mengeluarkan kata-kata yang kasar seperti itu sehingga boleh melukakan hati keluarga allahyarhumah.

Nukilan Dari Hati :
Kita sendiri pun akan berasa sakit hati jika kawan-kawan atau sesiapa sahaja mengatakan kita ini bodoh, bangang dan sebagainya. Jadi, hormati orang lain jika kita ingin orang lain menghormati kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan