Khamis, 19 April 2012

Selalu Tersilap

Kita selalu mendengar frasa seperti berikut dituturkan. malahan kita sendiri juga selalu menyebut perkataan berikut. Contohnya :


  • dua setengah meter
  • dua suku jam
  • tiga setengah ringgit
Sebenarnya, ayat tersebut merupakan contoh frasa yang salah. Frasa tersebut mengandungi kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga dan seterusnya tidak boleh didekatkan dengan kata bilangan pecahan seperti suku dan setengah untuk penghitungan. Oleh itu, frasa yang betul adalah seperti berikut :

  • dua meter setengah ( betul )
  • dua jam suku ( betul )
  • tiga ringgit setengah ( betul )
Selain daripada tersilap dalam penggunaan kata  bilangan tentu, kita juga sering membuat kesilapan ketika menggunakan kata sendi nama seperti dari dan daripada; di dan pada; ke dan kepada.

1a. Dari tiga orang anaknya, hanya seorang yang menjenguknya di kampung . (salah)

1b. Daripada tiga orang anaknya, hanya seorang yang menjenguknya di kampung. (betul)

Kata dari digunakan untuk tempat dan waktu. Kata daripada digunakan untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, dan untuk menunjukkan keanggotaan.

2a. Buku cerita itu ada dengan Suzie. ( salah )

2b. Buku itu ada pada Suzie. ( betul )

3a. Di musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( salah )

3b. Pada musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( betul )


Kata di digunakan untuk tempat sahaja. Kata pada digunakan untuk masa, orang, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu.

4a. Wang itu diberikan ke Rahmah. ( salah )
4b. Wang itu diberikan kepada Rahmah. ( betul )

 Kata ke digunakan untuk tempat, masa, dan benda konkrit tidak bernyawa. Kata kepada pula digunakan untuk benda bernyawa.

Sumber : 
Kesalahan Umum Tatabahasa. 
    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan