Selasa, 6 Mac 2012

Sana Sedikit, Sini Sedikit..

Hmm.. Cerita ni terjadi dalam kelas. Masa tu aku sampai kelas agak awal lah daripada biasa. Tak sampai pun 10 minit aku duduk, seorang kawan aku ni datang ke kelas.

Si A : Hai.. Awal U sampai ari nie?
Aku : Baru sampai gak ni. Nape lewat?
Si A : U tau la I kan? Lagipun, kat luar tu hujan U. Dah lama ke start nie?
Aku : Baru jugak..

Hmm.. Macam tu lah serba sedikit drama pendek yang aku nak sampaikan. Situasi ni samalah macam kita beli nasi campur. Kita cedok nasi. Lepas tu kita tambah kuah sedikit, letak pula lauk ayam goreng dengan sambal belacan. Betul tak kawan-kawan??
Benda ni memang kerap kita dengar dalam perbualan seharian masyarakat kita. Percampuran kod seperti ini bukan sahaja melibatkan perkataan I dan U sahaja tetapi juga banyak lagi perkataan bahasa lain yang dicampuradukkan dalam bahasa Melayu.


Tambahan Perasa >>

Percampuran kod adalah satu keadaan penutur berbicara menggunakan dua atau lebih bahasa sama ada Bahasa Melayu, Inggeris, Tamil dan Cina ataupun dialek mahupun ideolek. Percampuran ini berlaku apabila si penutur mengetahui lebih daripada satu bahasa tersebut.
Percampuran kod juga disebut sebagai bahasa rojak.


P/S - Sebut pasal rojak, tiba-tiba teringin nak makan. Tak pa la.. Tengok gambar pun jadilah.
wah!! nampak sedapla..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan