Kami berbual tentang banyak perkara. Tiba-tiba dia bercakap agak perlahan dan berbunyi begini ;
"Ak tak pu at ngan bud bil ak"
(Aku tak puas hati dengan budak bilik aku)
"Nape?"
"dir org gun barg ak suk ati je. tak tan g pun. men amb jer."
(dia orang guna barang aku suka hati je. Tak tanya lagi pun. Main ambil je)
Itu merupakan bahasa rahsia antara kami dan beberapa rakan yang lain. Namun begitu, sudah agak lama kami tidak menggunakan bahasa seperti itu. Bahasa ini hanya kami gunakan apabila perkara yang hendak dibualkan merupakan perkara yang hanya kami sahaja tahu.
Bahasa ini juga boleh disebut sebagai bahasa Slanga kerana bahasa tersebut dicirikan oleh kosa kata yang baru digubal dan sifatnya cepat berubah.
Hal ini kerana kami telah lama meninggalkan bahasa tersebut sejak mula memasuki alam universiti.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan