![]() |
| Gambar 1 : Papan Notis |
Kita selalu melihat notis seperti ini ditampal atau dipamerkan di pagar rumah-rumah terutamanya kawasan perumahan serta di premis-premis perniagaan. Bukan ke begitu??
Fungsi : Memberi peringatan kepada jurujual supaya tidak menghampiri kawasan yang meletakkan tanda ini.
Tapi bukan notis atau papan tanda ini yang ingin saya ceritakan di sini. Saya cuma ingin berkongsi satu cerita yang secara tiba-tiba muncul dalam kotak fikiran saya.
Dua atau tiga hari lepas, saya berjalan di sebuah blok kediaman. Tiba-tiba saya terlihat satu notis yang amat menggelikan hati saya.
Jujur saya katakan, mungkin saya tersilap membuat penaksiran pada ketika itu tapi bagi saya amat tidak sesuai untuk seseorang atau sesebuah organisasi membuat notis yang berbunyi begini ;
"KUCING DILARANG MASUK"
Mengikut kefahaman saya, notis tersebut seolah-olah ingin memberitahu kucing bahawa kucing tersebut dilarang untuk memasuki premis tersebut.
Sebaiknya sesuatu maklumat yang hendak disampaikan itu tepat seperti :
- Dilarang membawa kucing masuk ke dalam bilik ini
- Tidak dibenarkan membawa kucing
- Jangan biarkan kucing memasuki premis ini
Jadi, saya berharap ada kalangan rakan-rakan yang boleh memberi pandangan mengenai perkara tersebut.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan