Semalam, aku dan seorang rakan pergi keluar makan. Sedang dalam perjalanan ke Restoran Zee Tomyam, tiba-tiba kami ternampak sekumpulan kanak-kanak tengah bermain. Apabila kami berjalan melalui mereka, kami terdengar mereka bercakap. Pada mulanya tiada apa-apa. Tapi selepas itu terdengar seorang budak berkata kepada rakannya;
"Hoi bongok! Kau dah tengok nombor pelat (plat) kereta tu, mestilah kau tahu betul tak tu kereta cikgu kau. Bodoh betul la kau ni."
"Sial betul la tolak kepala aku cam tu."
Terkejut aku mendengarnya. Yalah. Budak-budak sekolah rendah sudah pandai menggunakan kata-kata kesat dalam percakapan seperti bodoh, bongok, bangang, sial, dan sebagainya.
Sepatutnya, ibu bapa harus lebih peka terhadap setiap tingkah laku dan percakapan anak-anak mereka supaya tidak bersikap kasar. Selain itu, masyarakat sendiri harus menegur supaya perkara tersebut tidak berlarutan dan mereka tidak terbawa-bawa sifat tersebut sehingga dewasa kelak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan