Khamis, 8 Mac 2012

Ke mana hilangnya A??

Kalau susah nak faham, silalah rujuk transkripsi di 
sebelah gambar.



 



Transkripsi:

i love u too! , muah ! , sayang...., b ketat gak

sibuk!na ketat2 jugak

biarlaa! majuk kang !


alo3.. busuk2, jangan majuk ye. muah

yelah2, adoy cair baby ngan pujukan b, muah

 he3.. iyelah gemukku sayang

ee b nih kan.. baby kurus la nanti

ceh azam ramadhan tahun ni nak kururs. menyampah. tak muat la tu baju raya

muat ok, mulut b.. laser ek. kiss sat lagi baru tau
hehe.. tengok la nanti baby kurus, biar susah b nak jaga nanti, baju kebaya baby pakai nanti kurus tau..



Gambar di atas merupakan sebahagian daripada komen adik-adik kita dalam laman sosial. Mula-mula aku baca tu memang sepatah pun aku tak faham. Nak tergelak pun ada. Aku baca berulang kali akhirnya baru faham.

Mula tu pelik juga la. Iyalah. Kalau Sistem Pesanan Ringkas (SMS), kita akan gunakan singkatan. Nak jimat ruang katakan. Tapi lain pula jadinya dengan remaja zaman sekarang (adik-adik la).

Kalau dulu orang gunakan huruf 'W' untuk gantikan 
'R' : org = owg
'U' : tau = taw

Tapi sekarang mereka boleh gantikan huruf :
huruf A dengan huruf Q atau U. 
Huruf S digantikan dengan C. 
Huruf K dan G boleh digantikan dengan huruf X

Atas Dasar Apa Jadi Sebegini?

Alasan 1 :
Papan kekunci rosak pada huruf A
Alasan 2 :
Tidak mahu kelihatan skema
Alasan 3 :
Berbeza daripada orang lain.
Alasan 4 :
Stail terkini

Apa pun alasannya, perkara sebegini boleh mencemarkan bahasa kita yang sudah tersedia indah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan