Entri kali ini mengenai diri aku sendiri.. Al maklumlah kan.. Sebelum ni asyik cakap pasal orang lain saja.
Hari ini aku buat kesilapan yang agak besar. Ceritanya begini :
"Tadinya, aku punyalah semangat nak pergi Khar Town sebab lapar punya pasal. Sedang aku seronok tengok barang, aku dapat mesej dari kawan aku menyatakan dia dah tunggu aku untuk ambil barang. Jadi, aku bergegaslah cari dia kat tingkat bawah blok 2. Tapi tak jumpa. Jadi aku tunggu kat satu tempat yang tak ramai orang. Akhirnya, aku nampak juga dia di celah-celah orang ramai. Aku berasa amat bengang ketika itu. Dahlah mesej aku pun tak dibalasnya.
Aku pun segera berjalan menghampiri rakan aku itu. Dalam perjalanan itu, aku terlanggar seseorang. Oleh sebab aku terlalu mengikut hati, aku dengan tidak ada rasa bersalah, aku terus berlalu pergi.. tanpa MEMINTA MAAF!!
Rakan-rakan aku mula menegur sikap aku yang agak kurang sopan itu. Tetapi akhirnya aku menempelak mereka semula. (Apalah aku ni kan??)"
Apabila aku sudah mula bertenang, baru aku terfikir betapa biadapnya aku dengan seseorang itu. Bak kata orang,
Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tidak Berguna.
Jadi, saya terlalu menyesal kerana terlalu mengikut kata hati sehingga orang lain turut merasa akibatnya. Saya minta maaf kepada semua yang berkenaan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan